sekarang tengah semester break. bajet macam da masuk U yeeee? haha . Actually break for SPM seminggu je sebab Deepavali, deepavali *nyanyi
break pon tak break tau . jumaat, sabtu , ahad ade pecutah terakhir . InsyaAllah kitorang mintak extra dari cikgu2, khamis nak blaja chemistry, jumaat nak blajar Physics. sebab kan kami tamak, mintak cikgu buat khas untuk kami berlima sahaja ! -,^
ok, angkat tangan paras dada, jom sama-sama kita doa, CEPAT !!
Ya Allah ,
Ya Rabb,
Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Permudahkan urusan kami dalam menuntut ilmu,
Kurniakan kan rezeki kefahaman yang luas,
Peringatkan kami apa yang terlupa,
Lancarkanlah pergerakan tangan kami untuk menulis yang benar,
Kami hamba yang kerdil,yang sentiasa meminta belas darimu,
Yang sentiasa meminta rahmat dari Tuhan yang Maha memberi Rahmat,
Perkenankanlah doa kami,
Jika 11A+ adalah yang terbaik bagi kami,
Kurniakanlah kepada kami,
Wahai Tuhan yang Maha Memberi Kurnia,
Jika itu bukan rezeki kami,
Berilah yang terbaik untuk kami,
Redhakan kami, ikhlaskan hati kami, dan tambahkan kesyukuran kami,
Sesungguhnya, Kau lah sebaik-baik Pemberi,
Kami yakin denganMu ya Allah
Sesungguhnya Kau sentiasa merancang yang terbaik buat kami,
Hanya kepadaMu kami berharap,
Sesungguhnya , Kaulah sebaik-baik Penolong
amin ya rabbal 'alamin
qiqi QD
No comments:
Post a Comment