Sebenarnya lama jugak mencari-cari dan tercari-cari waktu
yang sesuai untuk mengepost something kat sini. So, I think this is the right
time for me. Dengan ini aku nak ucapkan, Selamat Tinggal korang :’( kene jugak
gagahkan tangan, mental, emosi diri ini untuk menaip sebab belum pape lagi mata
dah berkaca, rasa darah naik ke kepala, suhu badan terasa panas, hidung dah
berair menahan sebak. Aku tak sekuat korang la. Aku tak boleh nak nangis tadi
sebab aku takut tak boleh berhenti menangis tersedu-sedu macam orang kena pukul
depan korang. Aku tahu lepas ni kita takkan dapat ketawa terbahak-bahak macam
nak terkeluar anak tekak meskipun menjadi perhatian umum dan kita adalah orang yang
paling takde masalah kat dunia ini ketika saat itu. Maaf ayat keeling siket.Bak
kata Qiqi, bila kita berlima kita akan rasa kitalah orang yang paling berkuasa tak kira la situasi ape pun.I admit it! :)
Semua dah sedia maklum yang aku sorang je akan tersisih
daripada korang berempat dari segi universiti tempat kita nak teruskan
perjuangan yang belum selesai :) Kalau tak silap aku pernah beritahu kenapa aku tak pilih uni macam korang nak.
Nasiblah kalau siapa yang tak ingat tu. Aku harap keputusan yang aku buat ni
adalah untuk kebaikan aku sendiri dan orang2 sekeliling aku :) Tak kisah la yang penting kita semua ade
tempat untuk belajar. Tapi sebenarnya aku kisah sangat2. Bayangkan lah dah
berapa lama kita kenal ? Dah berapa lama kita sekola kat tempat yang sama ? Dah
berapa lama kita study group sama2 ? Dah berapa lama kita makan sama-sama kat
sekolah dulu sampai makcik kantin pon rindu kat kita ? Dah berapa lama kita
keluar sama-sama ? Dah berapa lama kita lalui dugaan sedang kita tengah
bergembira sama-sama ? Dah berapa lama kita bergurau bertepuk tampar sama-sama
? Dah berapa lama kita gelak tawa sama-sama ? Dah berapa lama kita posing maut
sampai benci tengok muka sendiri ? Dah berapa lama kita faham perangai masing2
? Dah berapa lama kita jalan berlima kat sekolah sampai cikgu2 pon aim ? Banyak
lagi laa sebenarnya sampai lenguh tgn ni nak menaip. Senang cerita, mana2 kita
pergi, apa2 kita buat, kita mesti berlima. Korang terfikir tak mcm tu ? Aku
fikir semua tuu. Tak tau la kalau korang langsung tak terdetik apa yang aq rasa
ni :’(
Aku benci perasaan aku sekarang ni. Entah kenapa aku hiba
sangat sejak menjak ni bila membayangkan masa2 akan datang kat tempat aku
belajar nanti. Dengan siapa aku nak buat semuaaaa tu ? Kuat ke aku nak lalui
macam2 benda nanti ? Kuat ke aku nak belajar tanpa korang yang selalu ada dekat
dengan aku ? :’(
Aku anggap dengan kita berpecah-pecah macam ni, kita sahut cabaran
untuk kita lebih berdikari dan jadi lebih matang lalui dunia luar yang serba
mencabar ni. Kita pun masing2 nakkan pengalaman yang lain kat luar sana kann ??
And semestinya kita akan rasa rindu moment manis.moment yang pahitt pun menjadi
manis yang kita lalui sama-sama dulu. Mesti nanti waktu kita tengah kuliah or
buat apa2 aktiviti sure kita akan bayangkan kita berlima ada dalam situasi tu
macam waktu sekolah dulu. Aku tak dpt bayangkan macam mana aku nanti bila
teringatkan korang :’( Ya Allah lemah betul nak menaip dgn keadaan sedu sedan
mcam nii :’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’(
Tak guna jugak kalau kita selalu toleh ke belakang sedangkan
masing2 ada cita-cita tersendiri. Sampai bila aku nak bergantung dengan korang
yang masing2 sedia untuk membantu ? So,
aku kene kuatkan mental, emosi, fizikal, rohani, jasmani and semua la yang
seangkatan dengannya. Rasanya mula2 je aku kene sesuaikan diri dengan situasi
tanpa korang kat sisi aku. In syaa Allah dah lama2 mesti aku dah terbiasa and chill bersama teman sepermainan kat sana :) TAPI don’t worry korang still in my heart my mind :’( Lagipun, aku kan BERANI
(korang yang kata bukan aku) so, apa ade hal ? :’( Aku kene lalui semua tu
sorang2. Korang dah takde lagi untuk
sama-sama belajar yang lebih banyak ketawa dan bercanda , study group yang
kadang2 tak berapa nak jadi tapi still boleh absorb something dalam otak :)
Dlm beberapa tahun kita kenal ni, kita banyak luangkan masa
sama-sama waktu sekolah dulu, menjelang SPM dan sampai sekarang lepas habis
SPM, ukhuwah persahabatan tu dah &
masih sangat kuat rasanya :) Walaupun kita dah tak serapat duluuu nanti, sebab masing2 dah busy belajar,tempat
belajar pun lain2 tapii kita masih appreciate friendship yang kita bina
duluu, takde alasan untuk kita tak bole keep
in touch kan? So korang yang bergelar TRUE FRIENDS aku, aku belum pernah lagi jumpa
persahabatan sekuat lagu ni. LOVE YOU SO
MUCH QIQI, ANNA, NINI, JAJA :’* Sorry for everything sepanjang perkenalan :) Good
Luck kat tempat korang belajar nanti :) Jangan lupa aku :) Jaga Diri baik2 :) for QIQI:JGN BERKERUT SELALU :) for ANNA:JGN GEMBENG TAU :) for NINI:JGN GARANG2 OK :) for JAJA: JANGAN NAKAL2 EA #ehh :) Semoga keikhlasan dalam perkenalan kita ini
berpanjangan dan mendapat keredhaanNya :) Setiap pertemuan pasti ada perpisahan :’( Jadi, aku memang
kene akur dengan semua tu :’’’(
Tiada kegembiraan yang menyamai pertemuan dengan sahabatnya..&Tiada kesedihan yang menyamai perpisahan dengannya..Semoga persahabatan yang kita bina dengan bismillah ini hanya berakhir dengan innalillah dan berpanjangan hingga ke syurga. Aminn :)
Sorry sangat lambat publish.Dah lama sebenarnya entry ni.Memang aku saje publish lambat.Korang,,Doakan kebahagiaan aku kat USIM.Semoga dikurniakan kawan2 yang terbaik macam korang tapi aku tau takkan sama mcm korang :’( Doakan aku tabah nak menghadapi kehidupan kat USIM.In Syaa Allah aku pun mendoakan perkara yang sama untuk korang semua :)
*tiba-tiba teringat kejadian tangis menangisi kat rumah fana.entah kenape aku touching gila & Sedih sangat time tuu.tsk tsk
SELAMAT TINGGAL QILA DINI.SELAMAT TINGGAL FANA.SELAMAT TINGGAL AINI.SELAMAT TINGGAL RAJA. SAYANG KORANG. HUG RAMAI2 SIKIT :*
HMM TINGGAL BAPE JAM JE LAGI GILIRAN AKU PULAK MELANGKAH KE ALAM BARU DAN SERBA MENCABAR.BISMILLAHHH...........
No comments:
Post a Comment